POLISI PRIVASI

EN | MY

Akta Perlindungan Data Peribadi Malaysia 2010

1.
Pengenalan
Country Hotel menghormati privasi pelanggan-pelanggan dan rakan-rakan kongsi perniagaannya, dan menganggap data peribadi yang diperuntukkan oleh anda sebagai maklumat yang sulit. Kami berikrar untuk mematuhi sepenuhnya syarat-syarat Akta Perlindungaan Data Peribadi 2010 Malaysia dan, jikalau boleh, akan mematuhi taraf perlindungan data peribadi yang telah diiktirafkan di tahap antarabangsa.
2.
Pengumpulan & Penggunaan Maklumat
i.Kami boleh mengumpul dan menyimpan maklumat/data peribadi (“Maklumat Peribadi”) mengenai anda atau orang lain yang anda membuat tempahan untuk atau mengembara bersama (“Pihak Ketiga”), iaitu, maklumat yang boleh mengenal pasti anda atau pihak ketiga yang berkenaan, termasuk tanpa had kepada nama penuh, alamat pos dan emel, butiran perhubungan lain, butiran pengenalan, butiran bayaran, maklumat tempahan dan pengembaraan, dan maklumat lain yang relevan untuk menyediakan perkhidmatan kepada anda dan/atau pihak ketiga, atau mencari orang lain yang anda berkenalan. Anda bersetuju bahawa anda telah memperolehi persetujuan pihak ketiga yang berkenaan untuk menberi maklumat peribadi mereka kepada kami dan untuk menyemak dan menukar maklumat mereka. Anda bersetuju untuk menanggung kerugian kami sekiranya kami mengalami apa-apa kerugian atau kerosakan akibat kegagalan anda untuk mematuhinya.
ii.Anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa maklumat peribadi yang anda berikan adalah tepat, lengkap dan bukan mengelirukan dan maklumat peribadi itu adalah yang terkini.
iii. Kami mungkin mengumpul maklumat peribadi dalam satu atau lebih daripada keadaan seperti berikut untuk satu atau lebih daripada keadaan seperti berikut atau untuk satu dan lebih daripada tujuan seperti berikut :
Untuk memproses tempahan anda dan untuk tujuan operasi dan pentadbiran yang lain, termasuk tanpa had, pemprosesan bil-bil dan bayaran, pemberitahuan pengembaraan, menguruskan akaun anda;
Untuk memberikan sokongan dan perkhidmatan pelanggan kepada anda atau orang lain yang anda berkenalan;
Untuk menjalankan pelbagai aktiviti yang diperlukan di bawah undang-undang;
Untuk keperluan pentadbiran, operasi, pemasaran, perancangan, perkembangan produk atau perkhidmatan, penyelesaian masalah dan penyelidikan;
Untuk menghantar maklumat mengenai produk dan perkhidmatan, tawaran istimewa atau promosi, surat edaran atau borang kaji selidik dan soal selidik pelanggan;
Untuk memaklumkan sebarang tujuan kepada anda semasa pengumpulan maklumat peribadi anda.
(secara kolektif dirujuk sebagai "keadaan/tujuan")
iv.Sekiranya anda memberi maklumat kewangan kepada kami, kami boleh mengumpul maklumat tambahan yang diperlukan, yang termasuk tanpa had, alamat bil, nombor kad kredit dan tarikh penamatan kad kredit, butiran akaun institusi kewangan dan mengesan maklumat cek atau kiriman wang.
v. Anda boleh memilih untuk memberhentikan penerimaaan komunikasi pemasaran daripada kami pada bila-bila masa dengan menghubungi kami dan kami akan memastikan bahawa nama anda dipadam dari senarai komunikasi kami.
vi.Sekiranya anda gagal memberikan maklumat peribadi yang dinyatakan dalam perenggan 2.i. di atas kepada kami, kami mungkin tidak dapat melaksanakan dan/atau menjalankan apa-apa perkara atau tujuan.
3.
Komunikasi Pemasaran & Promosi
Kami mungkin menggunakan maklumat peribadi yang diberikan untuk menghantar kepada anda maklumat mengenai produk dan perkhidmatan, tawaran istimewa atau promosi, surat edaran atau borang kaji selidik dan soal selidik pelanggan melainkan anda telah menyatakan bahawa anda tidak mahu menerima bahan-bahan tersebut.
4.
Keselamatan Maklumat Peribadi Anda
i. Kami akan mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk melindungi apa-apa maklumat peribadi yang diterima oleh kami daripada anda melalui laman web daripada penyalahgunaan atau kerugian dan daripada akses yang tidak diberi kuasa. Kami menyimpan maklumat anda samada dalam bentuk elektonik atau hard copy atau mendapat perkhidmatan pihak ketiga dengan ongkos untuk menyimpan maklumat bagi pihak kami. Di bawah peruntukan undang-undang yang terpakai, maklumat peribadi akan dimusnahkan atau dikenal pasti semula apabila tidak diperlukan untuk tujuan audit.
ii.Walaubagaimanapun disebabkan laman web dihubungi ke internet, dan internet memang tidak selamat, kami tidak boleh memberi apa-apa jaminan mengenai keselamatan penghantaran maklumat yang anda sampaikan kepada kami dan anda membuat sedemikian atas risiko anda sendiri.
5.
Akses & Pembetulan
i.Anda boleh meminta akses ke mana-mana maklumat peribadi mengenai anda yang disimpan oleh kami pada bila-bila masa dengan menghubungi kami. Di mana kami menyimpan maklumat yang anda berhak untuk mengakses, kami akan berusaha untuk menyediakan dengan cara aksesnya yang sesuai kepada anda (contohnya dengan cara penghantaran e-mel atau penghantaran mel kepada anda).
ii. Sekiranya anda mempercayai maklumat peribadi anda yang disimpan oleh kami adalah tidak betul, tidak lengkap atau tidak tepat, maka anda boleh meminta untuk membuat pindaan itu. Kami akan mempertimbangkan jika maklumat tersebut perlu dipinda. Sekiranya kami tidak bersetuju dengan alasan untuk pindaan, maka kami akan menambah nota kepada maklumat peribadi yang menyatakan bahawa anda tidak bersetuju dengan maklumat itu.
iii.Menurut Akta Perlindungan Data Peribadi Malaysia 2010, dan setakat yang tidak terhad oleh mana-mana undang-undang lain yang terpakai, kami mungkin mengenakan fi untuk memproses permintaan anda untuk akses atau pembetulan maklumat peribadi.
6.
Menghubungi Kami
i.Sekiranya terdapat apa-apa soalan tentang polisi kami, atau apa-apa kekhuatiran atau aduan mengenai penjagaan privasi anda oleh kami, sila gunakan halaman hubungi kami di laman ini untuk mengemel kami di enquiry@country.com.my
ii.Kami boleh mengubah polisi ini dari semasa ke semasa. Semua pengubahan berkenaan polisi ini akan dipaparkan dalam versi polisi yang terkini di laman web ini.
7.
Pelbagai
Sekiranya terdapat apa-apa percanggahan antara versi Inggeris dan versi bahasa lain untuk polisi ini, terma-terma versi Inggeris hendaklah diutamakan.